Projek CONNECT mempromosikan pengujian HIV dan membantu anda mendapatkan kit percuma untuk ujian kendiri HIV.
Ingin mendapatkan kit percuma untuk ujian HIV kendiri?
Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan dan memberikan nombor telefon mudah alih supaya kami dapat mengirimkan kod untuk memperoleh kit ujian kendiri HIV.
Sebaik sahaja anda menerima SMS, anda boleh:
- Pergi ke mesin layan diri CONNECT pilihan anda.
- Imbas kod QR yang ternyata pada mesin tersebut atau masukkan kod mesin.
- Kemudian kit ujian akan dikeluarkan untuk anda.


Kami juga mencadangkan anda menonton video panduan berikut sebelum menggunakan kit ujian kendiri HIV.
Ada baiknya anda mengetahui langkah-langkah untuk mengambil ujian. Video ini tersedia dengan sari kata dalam bahasa Arab, Farsi, Hindi, Indonesia, Melayu, Mandarin, Sepanyol dan Vietnam.
Kit ujian kendiri mengandungi arahan dalam bahasa Arab, Hindi, Indonesia, Melayu, Mandarin, Sepanyol dan Vietnam, selain bahasa Inggeris.
Demi kemudahan anda, semua arahan yang diterjemahkan dapat dibaca di sini. Klik sahaja pada bahasa pilihan anda. Arahan akan terus dibuka atau dimuat turun.
Muat turun arahan dalam bahasa:
Inggeris,
Farsi,
Arab,
Hindi,
Indonesia,
Melayu,
Mandarin,
Sepanyol atau
Vietnam
Setelah anda mendaftar untuk kit ujian kendiri HIV, kami akan menghantar tinjauan ringkas sukarela melalui SMS beberapa hari kemudian untuk bertanya tentang pengalaman anda.



