Penerangan tentang HIV
Apakah HIV?
HIV adalah singkatan Human Immunodeficiency Virus (Virus Kekurangan Keimunan Manusia). Virus ini menyerang sistem imun anda. Sistem imun membantu menjaga kesihatan anda dan melawan penyakit seperti selesema atau flu.
HIV bukanlah AIDS, tetapi jika dibiarkan tanpa diagnosis dan rawatan, HIV dapat menjadi AIDS.
AIDS adalah singkatan untuk Sindrom Kekurangan Keimunan Diperoleh. Sindrom ini terjadi apabila sistem imun amat terjejas sehingga kita jatuh sakit teruk.
- Untuk penerangan lanjut tentang HIV dan AIDS, sila lihat di sini.
- Untuk penerangan tentang HIV dan STI lain dalam bahasa selain bahasa Inggeris, sila lihat di sini.
Bolehkah HIV dirawat?
HIV dirawat dengan ubat. Ubat ini menghalang HIV daripada menyerang sistem imun, supaya anda tetap sihat.
Ketahui lebih lanjut tentang rawatan HIV di sini.
Bagaimanakah HIV berjangkit?
HIV paling lazim berjangkit daripada seorang ke seorang semasa hubungan seks tanpa kondom. Semasa hubungan seks tanpa kondom, HIV berjangkit dari seorang ke seorang melalui bendalir tubuh, seperti air mani, lendir dubur atau lendir faraj.
HIV juga dapat berjangkit melalui darah apabila berkongsi peralatan untuk menyuntik dadah.
HIV juga boleh berjangkit daripada ibu kepada anak semasa hamil, bersalin atau menyusu.
Bagaimanakah HIV dicegah?
Kini terdapat lebih banyak cara berbanding dahulu untuk mencegah HIV, termasuk:
- Kondom, yang menghalang bendalir masuk ke dalam tubuh: https://what-works.org/condoms/.
- Profilaksis Prapendedahan (PrEP), iaitu pil yang diambil sebelum hubungan seks bagi menghalang HIV masuk ke dalam tubuh: https://what-works.org/prep/.
- Profilaksis Pascapendedahan (PEP), iaitu pil yang diambil selepas hubungan seks untuk membantu menghalang HIV masuk ke dalam tubuh. PEP perlu digunakan dengan segera selepas terdedah kepada HIV supaya berkesan: https://what-works.org/pep/.
- Bagi mereka yang hidup dengan beban virus sangat rendah (Undetectable Viral Load), ubat diambil demi mengurangkan jumlah HIV dalam tubuh supaya tidak berjangkit semasa hubungan seks, walaupun tanpa kondom: https://what-works.org/uvl/.
Untuk penerangan tentang menjalani hidup dengan HIV: https://samesh.org.au/hiv-health/newly-diagnosed/ atau menonton perbualan mereka yang telah mengalaminya, layari HIV Still Matters.