Keluar Segera

Kadangkala ujian mungkin salah, maka sebarang keputusan positif perlu disusuli dengan ujian darah oleh seorang doktor.

Keputusan positif HIV dengan kit ujian ini bermakna antibodi telah dikesan pada tubuh anda dan anda perlu menjalani ujian sampel darah untuk mengesahkan anda positif HIV. Antibodi dihasilkan oleh tubuh apabila HIV memasuki aliran darah.

Apa yang patut dilakukan seterusnya?

Cari sumber-sumber dan perkhidmatan di Negeri atau Wilayah anda:

Untuk nasihat segera

Telefon LIFELINE 13 11 14

Khidmat disediakan 24 jam sehari 7 hari seminggu.

LIFELINE menyediakan khidmat melalui telefon, teks dan sembang dalam talian bagi mereka yang menghadapi krisis.