Keputusan saya negatif
Keputusan negatif bermakna tiada antibodi dikesan dan anda boleh yakin bahawa anda tidak dijangkiti HIV. Antibodi dihasilkan oleh tubuh apabila HIV memasuki aliran darah.
Namun, bagi segala ujian HIV, anda perlu memikirkan jangka masa berkesan (window period). Jangka masa berkesan ialah tempoh yang diperlukan sejak HIV memasuki tubuh hingga antibodi dihasilkan dan dapat dikesan oleh ujian. Bagi kit ujian kendiri HIV Atomo, jangka masa berkesan adalah tiga bulan. Ertinya, ujian mungkin tidak mengesan jika virus HIV memasuki tubuh anda dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Jika berasa diri anda terdedah kepada HIV dalam tempoh tiga bulan yang lalu, penting anda bercakap dengan doktor atau pergi ke klinik kesihatan seksual untuk menjalani ujian sampel darah.
Lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki disyorkan menjalani ujian bagi HIV dan STI lain setiap 3 bulan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Bagi wanita, dicadangkan menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun, dan jika berasa anda mungkin telah terdedah kepada HIV.
Apa yang patut dilakukan seterusnya?
Untuk nasihat segera
Telefon LIFELINE 13 11 14
LIFELINE menyediakan khidmat melalui telefon, teks dan sembang dalam talian bagi mereka yang menghadapi krisis.